Wednesday 22 May 2013

Mari Berzikir




Cara Wudhuk




Mari Belajar





Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran




Definisi

Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-

Kebolehan Kognitif
Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
Keupayaan Membaca
Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
Kemahiran Matematik


Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;

Lembam ( akibat kecacatan otak)
Autistik
Dowm Sindrom
Terencat Akal Ringan
Terencat Akal Sederhana
Hiper Aktif
Hipo Aktif
Cerebral Palsy
Emosi / Tingkah Laku
Pertuturan
Epilepsi
Pelbagai Kecacatan

Objektif

Setiap Kanak-Kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:-

Menguasai kemahiran berkomunikasi
Menguasai kemahiran bergaul
Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
Menjaga keselamatan dan keselamatan diri
Menguruskan hal-hal berkaitan kehidupan seharian
Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
Mengembangkan potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek
Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.

Adakah Anak Anda Mempunyai Ciri-Ciri Berikut?

Ciri-ciri Fizikal
Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri Intelek
Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Ciri-Ciri Tingkah Lakuan
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.


Sila Dapatkan Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas:-

Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri
Sekolah-Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Hospital-Hospital Kerajaan dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perkhidmatan Yang Diberikan:

  • Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang di buka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Program-Program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Badan-badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kementerian berkaitan. 

Keistimewaan Berdaftar Dengan Pendidikan Khas

  • Pendidikan percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kelebihan apabila layak menduduki Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Bantuan Orang Kurang Upaya
  • Potongan tambang pengangkutan awam
  • Potongan sewaan penggunaan telefon apabila memenuhi syarat umur. (Sila dapatkan penjelasan dari Kementerian-Kementerian berkaitan)


Tuesday 5 March 2013

Kuku oh Kuku

Rasullullah sentiasa memeotong kuku Baginda terutama pada hari Jumaat. Ini menunjukkan Rasulullah S.A.W seorang yang pembersih. abu Hurairah berkata : "Nabi Muhammad S.A.W memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersolat" (Riwayat al-Bazzar dan Tabrani)